'ALHAMDULILLAH, DAH DAPAT BALIK DUIT PAKCIK'

Susulan kes Pakcik Hanif ditipu oleh jurujual telefon bimbit di Kota Raya semalam, tampil seorang lelaki menghulurkan bantuan mendapatkan semula wangnya semalam.


"Syukur, kes Pakcik Hanif akhirnya selesai. Penipu itu telah mengembalikan duit Pakcik Hanif dengan bayaran penuh pada jam 7 petang semalam," kata Roslan Hj Ismail di laman Facebooknya. 

Menurut Roslan, beliau sudah cuba menghubungi jurujual terbabit dari jam 4 pagi semalam dan hanya dapat bercakap dengan lelaki itu pada jam 9.30 pagi. 

"Dari jam 4 pagi saya call lelaki itu hinggalah dapat bercakap dengan dia pada jam 9.30 pagi. Saya dapat hubungi Pakcik Hanif pada jam 6.30 pagi. Setelah mendapat pengesahan cerita sebenar, baru saya tekan penipu itu. 

"Pada mulanya penipu itu agak langsi bercakap dalam telefon. Setelah ditekan, barulah dia bersetuju untuk memulangkan lebihan bayaran sebanyak RM800. Namun saya menolak dengan alasan saya sudah tidak berminat untuk meneruskan urusniaga dengan penipu.

"Jadi, sama ada dia menerima tawaran saya atau menerima apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Tawaran saya ialah, dia ambil semula telefon itu dan pulangkan kembali wang dengan jumlah penuh tanpa kurang satu sen pun. 

"Persetujuan awal kami ialah, berjumpa pada hari Sabtu kelak. Tetapi pada jam 6.30 petang tadi (semalam), kumpulan kami telah berjumpa dengan Pakcik Hanif dan terus pergi ke Kota Raya. Pembayaran penuh telah dibuat dan kami memberikan amaran keras kepada penipu terbabit.

"Kami tidak boleh lebih sudu dari kuah. Maksudnya Pakcik Hanif tidak mahu berlaku sebarang kekecohan dan meminta perkara itu diselesaikan secara baik. Kami cuba selesaikan mengikut apa yang termampu. Apa-apa pun bersyukurlah Pakcik Hanif mendapat kembali wangnya dan moga menjadi pengajaran kepada semua," katanya.

Justeru itu, Roslan menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah yang sama di tempat yang sama bolehlah menghubunginya di talian 014-3334444. Beliau akan cuba sedaya membantu mengikut kemampuan
Previous
Next Post »