'KATA JUAL IPHONE 6 RM799, TAPI DAPAT RESIT RM3,100!'

Saya pergi ke Kompleks Kota Raya pada 30 November 2015. Saya ternampak harga telefon yang dipamerkan di sebuah kedai itu agak murah, membuatkan saya tertarik untuk membeli iPhone 6. Jurujual kedai itu menawarkan harga RM799 kepada saya untuk iPhone 6 itu. 


Setelah bertanya berkali-kali pada jurujual tersebut sama ada iPhone 6 itu asli atau tidak, perlu membuat bayaran tambahan atau tidak, saya berpuas hati dengan jawapan dan penjelasan yang jurujual itu berikan. 

Saya bersetuju dan membayar RM799 kepada jurujual berkenaan. Dia meminta saya menunggu selama 10 minit sementara dia pergi mengambil telefon iPhone 6 tersebut. 

Setelah beberapa ketika, dia kembali dengan membawa iPhone 6 tersebut berserta dengan resit yang menunjukkan saya perlu membayar bayaran tambahan sebanyak RM3,100 bagi network rrp LTE, di mana network itu tidak jelas wujud ataupun tidak.

Saya terkejut dengan jumlah yang dinyatakan dalam resit itu. Jurujual itu memberikan saya dua pilihan sama ada mahu membayar iPhone 6 itu dengan harga RM3,100 atau tukar dengan telefon yang lain. Dia juga tidak membenarkan saya membatalkan pembelian kerana dia telah mendaftar nama saya untuk pakej RRP plan tanpa keizinan saya.

"Berapa you boleh tambah?" tanya jurujual itu. 

"Saya boleh tambah RM1,200 untuk angkat iPhone 6 original ini,". 

Dia bersetuju dengan harga RM1,200 dan saya membayar wang itu kepadannya. Tetapi dia memberikan iPhone 6 klon kepada saya. 

Oleh kerana saya tidak mempunyai sebarang pilihan yang lain, hari pun sudah lewat malam, saya terpaksa membawa balik iPhone 6 klon tersebut berserta dengan bayaran penuh RM2,000. 

Dua hari kemudian, saya kembali semula ke kedai itu, Jurujual terbabit menukar iPhone 6 klon dengan Samsung J5 yang harga pasaran tidak melebihi RM800. 

Dengan ini saya rasa sangat tertekan dan tertipu dengan apa yang berlaku kerana saya telah kesempitan wang pada semester ini.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bangi. Salinan laporan polis dan resit pembayaran seperti di bawah:

Namun, hasil bantuan dari individu yang sama telah membantu Pakcik Hanif yang ditipu sebanyak RM3,100 semalam, Roslan Hj Ismail sekali lagi menghulurkan bantuan pada mangsa mendapatkan semula wangnya. 
"Terima kasih di atas budi baik dan bantuan abang Roslan. Hari ini, pada jam 3.15 petang saya telah berjaya mendapatkan kembali duit saya RM1,200. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan orang ramai yang berani berjuang untuk kebajikan semua. Semoga terus maju untuk masa depan. Terima kasih," katanya.
Previous
Next Post »