Seorang wanita memuat naik status di laman Facebook yang mempersoalkan kerja-kerja doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh yang didakwanya tidak profesional.
Miela membuat kenyataan itu kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja doktor terbabit yang menjahit kakinya seperti menjahit guni.
"Camni ke doctor Malaysia buat kerja? Memang sangat tidak bertanggungjawab betul. Weh, ini kaki manusia doctor Malaysia oi! Bukan Guni. Ikhlaslah buat kerja, gaji korang tu makan duit dari pesakit juga. Jangan sampai korang doctor Malaysia ni merangkak minta maaf di akhirat nanti," katanya.
Berikutan statusnya itu tersebar di laman Facebook, netizen mengkritik tindakannya mempertikaikan kerja-kerja doktor. Juga beberapa individu yang bekerja di bidang perubatan, tampil membalas kenyataan Miela sekali gus menjelaskan mengapa doktor memberikan jahitan seperti itu.
BACA PENJELASAN MOHD FADHLI:
Saya rasa terpanggil untuk mengulas perkara di bawah memandangkan sudah 125 shares di kalangan Facebookers.
1. "Cam ni nie ke doctor do malaysia buat keje?..."
Beginilah doktor buat kerja. Menjahit dengan kemas dan bersih. Sambungan di hujung yang sedikit timbul supaya apabila sembuh kelak ia akan jadi rata dan cantik. Kalau sambungan di hujung itu dibuat rata, ada potensi akan jadi "dimple" ke dalam apabila sembuh. Tapi ia tetap sembuh juga. Jarak antara benang pun memuaskan. Sedikit darah yang keluar itu menunjukkan luka itu tidak mati (necrosis) dan potensi untuk sembuh tinggi. Pilihan jenis jahitan juga adalah tepat berdasarkan lokasi.
2. "Memang sangat x bertanggungjawab betul,"
Sanggupkah penulis ini bertanggungjawab dengan penulisannya? Saya rasa doktor tersebut sudah sangat teliti dengan jahitannya dan menunjukkan komitmennya yang tinggi.
3. "Weh!"
Cantik bahasa!
4. "Ini kaki manusia doctor malaysia oii!"
Ya kerana ini kaki manusialah ia dijahit sebegini. Malah ia dijahit dengan ilmu proses "wound healing" dan teknik-teknik yang dipelajari beberapa tahun. Ini belum masuk bab praktikal lagi. Sekejap, penulis itu tahu ke apa itu proses "wound healing" dan teknik menjahit kulit manusia?
5. "Bukan guni,"
Sebab bukan gunilah ia dijahit begitu. Apa anda ingat doktor dulu-dulu praktik jahit atas guni ke? Penulis pernah pegang jarum dan benang?
6. "Ikhlas la buat kerja,"
Tahu pula penulis tentang maksud ikhlas? Saya nak tanya penulis ikhlas dalam menegur atau penulis emosional dek termakan hasutan syaitan?
7. "Gaji korang tu makan duit dari pesakit jugak"
Tak habis-habis bagi hujah ke laut begini. Ya gaji dibayar melalui hasil kutipan negara melalui cukai pendapatan, GST, dan lain-lain. Tetapi prasarana dan kemudahan yang penulis dapat juga adalah dibayar oleh rakyat juga termasuklah oleh doktor, bukan? Jadi sebelum bersuara secara emosi, sila cermin diri. Jika mahu guna hujah ini, adalah lebih baik dan sopan penulis berbicara depan-depan dengan anggota kesihatan tersebut. Sebab anda sama-sama bayar gaji dan bagi kemudahan sesama sendiri bukan?
8. "Jangan sampai korang doctor malaysia ni merangkak minta maaf kat akhirat nanti,"
JANGAN SAMPAI ANDA TERPAKSA MENCARI DOKTOR YANG ANDA CACI DAN HINA TERMASUKLAH ANGGOTA HOSPITAL SG BULOH DI AKHIRAT KELAK!
9. "Sangat tak profesional!"
Usah bicara soal profesionalisma jika emosi jadi agenda utama!
Saya ikhlas menegur. Jangan persoal keikhlasan saya. Saya ada tanggungjawab memberi penerangan. Jangan persoal melainkan hujah anda berfakta. Saya tegur secara terbuka dalam facebook (tetapi saya anonymous nama penulis) memandangkan statusnya telah viral sehingga 125 shares dan banyak auta yang tersebar.
Kenapa saya kata penulis emosional? Tengoklah ayat pun berterabur dan penuh kesilapan ejaan. Nampak benar taip secara agresif dalam keadaan marah.
Tambahan : Penulisnya bukan pesakit tersebut ya. Harap jangan reveal nama penulis walaupun ramai yang tahu. Penat saya nak padam satu2. Satu lagi, elakkan komen yang melampau2.
EmoticonEmoticon