Artikel ini adalah hasil nukilan tuan Amirul Asrafovic melalui laman Facebook beliau.
Kepada Datuk Haji Ahmad Maslan,
Seperti dinyatakan sebelum ini di dalam posting saya yang lepas. Saya adalah bekas penyokong parti politik yang datuk naungi.
Dan kita juga pernah berjumpa pada lewat tahun 2005, dimana ketika itu saya menghadiri kursus untuk persediaan SPM dibawah kelolaan persatuan kontraktor melayu malaysia dimana datuk sebagai tetamu jemputan menyampaikan sijil penyertaan kepada saya.
Kita pernah senyum dan bersalaman, tapi jauh sekali saya sangka orang yang saya temui pada hari itu akan menjadi badut yang sentiasa menyurami dan mengelirukan diri ini dan rakyat sekalian.
Saya seperti dah lali dengan ape yang datuk hidangkan pada saya dengan gurau senda dan kebodohan datuk. Saya anggap datuk adalah pelawak yang muncul entah dari mana dan xperlukan slot rancangan pun.
Berkenaan dengan kenyataan datuk bahawa buat dua pekerjaan asalkan cukup tidur, apa saya boleh katakan datuk seorang yang tidak berhati perut.
Kenapa saya katakan begitu,Jika di bawah pimpinan yang terdahulu kami buat side income untuk mencari pendapatan lebih untuk dapat lebih, sekarang kami buat side income hanyalah untuk meneruskan kehidupan.
Dan ayat itu bagi saya amat kurang ajar. Bukan saya katakan saya malas. Apa saya boleh katakan xsemua orang boleh buat kerja sampingan atau side income. Bukan tak nak tapi xboleh atas kepenatan bekerja dan keluarga.kalo kami bekerja buat side income sapa nak jaga anak2 kami taska pun bukak sampai pukul brape je, letak lebih waktu bayar lebih last2 duit dapat dari side income abes bayar kat nursery.saya harap datuk xbalas dengan kata tangguh buat anak atau bawak anak pegi buat kerja jugak.
Saya kata macam ni sebab mak saya mengasuh anak pada pasangan yang bekerja kilang. Mereka bekerja shift. Siang dan malam.penat itu bukan ukuran yang saya nampak tapi kasih sayang seorang ibu dan bapa kepada anak mereka. Jika ibu dan bapa ini terpaksa bekerja sampingan DIMANAKAH WAKTU UNTUK ANAK2 MEREKA.kami rakyat mengundi datuk untuk senangkan kami bukan lagi susahkan kami.
Datuk tak fikir semua ni,apa datuk fikir dapat tiga jawatan(bukan kerja)senyum dan keluarkan statement yang x datang dari akal yang diberi.ingatlah kurangnya kasih sayang adalah punca pada jenayah dan banyak lagi.
Saya tak kisah pointer datuk masa belajar dulu 3.85 kerana apa saya nampak kita hanya perlu menjadi manusia untuk menjadi menteri bukan degree harvard oxford atau apa nama yang sedap dibibir.
Akhir kata dari saya, jangan biarkan kami semua buat dua pekerjaan dalam satu masa. Satu pekerjaan kami sendiri dan kedua kami mengerjakan datuk hehehe
EmoticonEmoticon