Kahwin dan Personal Loan
-------------------------------------
Tadi ada Si Kacak dan Si Jelita datang ke bank dan bertanya tentang Personal Loan. Dengan gaji yang kurang daripada 3K dan berhajat untuk meminjam RM50K personal Loan.
Bella probe further tujuan dia nak pinjam PL sampai RM50k sambil telan liur..
Si kacak ni sambil tersengih dia cakap "Nak Pinjam utk Majlis Kawen kak." sambil memandang Si Jelita yang dah tersenyum malu2 kucing..
Bila Bella cakap, dgn gaji Si Kacak ni, dia hanya layak meminjam max RM10k. Itu pn kalau tiada komitment yang lain.
Si Kacak memandang hampa Si Jelita.. "Alaa kak, takkan dapat RM10k je kak? Mana cukup nak buat majlis"
"Haah Kak, RM10k tu baru dapat beli barang2 hantaran" tambah Si Jelita
Bella xtahu nak sound tepek ke nak bagi ceramah free ke.. Bella senyum y manis nya tahap dewa 19 then tanya tentang Majlis yang dorang rancang.
Majlis akan di adakan selepas raya. Jadi ada kurang lebih 5 bulan untuk buat persiapan.
"Dik, utk majlis kahwen adik tu, memg lah kawen sekali seumur hidup, tapi lepas kawen pun nak hidup jugak dik. Plan accordingly, and buat lah majlis semampu korang berdua"
Eh, sopan sangat nasihat Bella kan??
Si Kacak & Si Jelita buat Muka x puas hati. agak nya dalam hati kutuk "Eh majlis kami, sukati kami lah!"
Korang, Majlis Kawen ni Korang nak buat y paling gempak ke, y paling hipster ke, y paling mahal ke, yang sederhana ke, y xde majlis ke, tetap ada yang akan mengata, tetap ada yang tak puas hati.
Yang menanggung kenduri kendara tu KORANG, yang menanggung HUTANG kawen tu KORANG.. Buat lah semampu korang. Jgn nak sama kan orang yang ada RM1Juta dalam account berbanding korang yang hujung bulan tinggal RM17.50 sementara lagi 10hari nak gaji.
Kahwen and personal Loan?? Lepas kawen pun nak hidup jugak. Karang PL belum habis bayar dah gaduh laki bini siapa nak tolong bayar Loan... Huishhh
Kalau semua nak dengar umpatan orang, huisshhh x boleh hidup weyh!
Ehh... Terbebel pulakk.. Akhir Kata, jangan jadi Si kacak tetapi kurang akal.. Dan si Jelita yang giler glemer... ehh??
Love,
Bella Leana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan