'ABAH AKU GILE, NAK SAJA AKU TEMBAK KEPALA ORANG TUA INI'

Sikap remaja di zaman ini, adakalanya membuatkan kita yang dewasa ini hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Ada segelintir yang sanggup bersikap biadab dengan ibu bapanya mereka sendiri, namun di depan orang tua mereka itu, lain pula perangainya. 


Terbaru, viral status WeChat seorang gadis bernama Aishah memarahi bapanya secara terbuka. 

"Hish! Sakit pula hati aku ini. Geram betul! Nak suruh hantar duit aku pun susah ke? Duit nak beli barang sekolah saja pun. Itu pun nak marah. Err.. bapa jenis apalah kau ni? Bodoh-bodoh saja. Abah aku gile, suka menyakitkan hati aku. Nak saja aku tembak kepala orang tua itu," katanya. 

Jika bapanya melihat sendiri apa yang ditulis oleh anak gadisnya ini, hanya dua perkara yang mungkin berlaku iaitu:

1. Bapanya akan merasa sedih dan memendam rasa kecewa. 
2. Bapanya menunggu kepulangan anaknya itu dan menghayunkan rotan segalanya ke badan anaknya. 


Di usia remaja seperti ini, mereka hanya tahu meminta wang tanpa mengerti susah payah mendapatkan wang bagi menanggung kehidupan dan pendidikan mereka.
Previous
Next Post »