"Hospital Wakaf Pasir Gudang service paling poor dan paling bangsat pernah dapat! Adik aku hampir kena strok kau cakap adik aku kena rasuk!
"Jadi doktor dan nurse tu, janganlah stupidoo sangat! Check bebetul! Nurse kat situ semua aku ibaratkan macam pelacur murahan sangat! Gaji tak seberapa, action lebih. Aku ini lagi kerja standard laa dari korang!
"Kes ni aku heret ke mahkamah dan tunggu surat saman dari aku ok! Nama wakaf tapi tak segah nurse yang berkhidmat untuk pesakit! Bagai anak haram!
"Servis paling buruk dan hodoh dari Hospital Wakaf Pasir Gudang! Diulangi Hospital Wakaf Pasir Gudang!" kata Aril Ivans Rabu lalu di laman Facebook.
Kebiadaban lelaki ini sekali lagi menarik perhatian pengamal perubatan, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang memberikan pandangannya.
"Walau macam mana marah sekalipun, tidak wajar memaki hamun seperti ini. Sunggupun hospital dan kakitangan yang dimaki adalah kakitangan dari hospital swasta," katanya.
Menurut beliau, sebagai petugas perubatan, mereka tetap marah dan rasa terhina dengan kata-kata seperti itu. Ibarat kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.
Difahamkan, Aril Ivans membawa adiknya mendapatkan rawatan di hospital wakaf swasta di Johor yang merupakan kendalian Jcorp dan KPJ. Ia merupakan salah satu usaha syarikat swasta untuk melakukan amalan sosial yang mana rakyat boleh mendapatkan rawatan wakaf ini dengan nilai RM5 dan juga rawatan dialisis pada nilai subsidi. Perkhidmatan ini disediakan bagi rakyat yang tidak berkemampuan tetapi memilih untuk tidak ke hospital/klinik kerajaan.
"Apabila dia kata dia kerja standard dari kakitangan hospital, sepatutnya dia tidak membawa adiknya ke hospital wakaf. Bawalah ke Columbia, Gleanagles, rantaian KPJ atau Prince Court.
"Memaki hamun kami sebagai bodoh, kami sudah biasa sebab kami tahu akhlak kamu memang rosak dek kegagalan didikan ibu bapa kamu. Tetapi mengibaratkan wanita yang melakukan tugas mulia merawat orang sakit sebagai wanita penzina adalah melampau dan tidak boleh diterima sama sekali," katanya.
Tambahnya lagi, kebiasaannya nama-nama individu yang menghina kakitangan perubatan ini akan digelapkan kerana kasihan pada mereka. Namun perbuatan individu bernama Aril Ivans ini agak keterlaluan dan sungguh luar biasa biadabnya.
"Saya dedikasikan kata-kata P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku untuk individu ini. 'Mengapa kau diciptakan ALlah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiawan?'"
EmoticonEmoticon