Nak ‘Till Jannah’ Tapi Bermekap Sampai Tak Solat?


Persiapan raja sehari memang lama, walaupun pada hari berlangsungnya majlis perkahwinan. Selama berbulan-bulan merancang majlis, dah tentu nak lihat hasil yang ‘wow’ pada hari resepsi kan?

Sayangnya hari yang sepatutnya menjadi berkat kerana menghalalkan sesebuah perhubungan itu tercemar dengan beberapa perkara yang sering terlepas pandang oleh raja sehari. Justeru, seorang pelajar sekolah pondok tampil menyuarakan pendapat tentang perkara utama yang dipandang enteng oleh sesetengah pengantin yang galak meraikan hari bahagia mereka itu.

Pengantin skrg ramai TAK SOLAT .
.
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri
.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari
.
Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan
.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri
.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri
.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan
.
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi
.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya
.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir
.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu
.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH
Previous
Next Post »