Pelajar Pointer 2.0 True Friend Sebenar – Ucapan Terima Kasih Oleh Pelajar Dekan Ini Buat Ramai Sentap

Bulan Februari ni kebanyakan pelajar universiti akan berdepan dengan result final exam mereka sebelum melangkah ke semester baru bulan depan. Nanti mesti tiba-tiba ada kawan korang yang ‘menghilangkan diri’ untuk elak ditanya tentang result. Tak kurang jugak yang akan bertanya result semua orang sebab dia dapat Dekan. Standard lah budak pointer 3.5, jangan terkejut kalau ada yang siap upload transkrip result dia kat instagram. LOL.


Namun, lain ceritanya dengan lelaki ini. Meskipun tergolong dalam senarai pelajar Anugerah Dekan, dia memilih untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada rakan-rakannya yang tidak cemerlang dari aspek akademik. Apa agaknya kelebihan student pointer 2.0 yang student pointer 3.5 tak ada?

Bukan aku nak cakap apela, aku pon Dekan jugak tapi aku merahsiakanya. Biar aku nampak seperti bodoh dan seperti memiliki pointer 2.0 yang penting parent aku tengok selimpang kuning masa aku konvo. Aku suke memerhati dan aku tau classmate aku yang Dekan, perangai mereka tak ubah seperti dah berjaya dunia akhirat. Memandang orang atas bawah. Yang tak dekan tapi acah2 dekan ni kite buang tepi. Tapi aku nak cite, bagi aku geng2 pointer 2.0 ni lah truly friend . Pointer 2.0 ni lah yang sanggup meng share asigment untuk di plagiat oleh memeber lain. Pointer 2.0 ni la yang sanggup menanggung risiko menandantangani attenden kelas untuk bekap member tak datang even tak whatsapps pon suruh tandakan. Pointer 2.0 ni lah yang rajin update dalam group mengingatkatn tarikh2 penting assignments etc. Pointer 2.0 ni lah selalu menjadi penyeri kelas tatkala kelas yabg senyap dipenuhi budak 3.5 tibe2 kelas jadi riuh and happening .Jangan seperti 3.5 payah sekali nak mintak tolong, hanya tahu pergi kelas balik kelas, makan bungkus bawak balik makan sesorang ‪#‎taksemua‬

Sekarang aku dah grade, yang 2.0 ni lah kewangan mereka dah stabil . 3.5 ni masih mencari2 kerja. Yela rezeki tak sama ditangan tuhan . Tapi rezeki kite mudah jika kite permudahkan orang lain. A lot thanks to my 2.0 pointer friends.


Previous
Next Post »