Seorang rakan bertanya saya nasihat saya untuk membeli rumah untuk didiami pada zaman gawat sebegini. Ini respon saya:
1. Beli rumah subsale, yakni rumah "2nd hand " dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.
2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak pemilik rumah yang nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpat harga diskaun.
3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.
4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dapat minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.
5. Pilih bank yang berikan harga yang tinggi supaya dapat maksimakan pembiayaan sekaligus dapat minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yang di bawah market value, banyak kos dapat dikurangkan.
6. Beli rumah yang installment lebih kurang sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.
7. Menyewa atau membeli rumah yang mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yang murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yang dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dan sebagainya.
Senarai tips diatas adalah perkongsian dari saudara Afyan Mat Rawi yang dinukilkan oleh beliau di laman Facebook.
EmoticonEmoticon